Sunday, May 10, 2009

.:; Siapakah Yang Layak Memberi Tazkirah ??? ::.

Tazkirah atau peringatan.Atau mengingatkan antara satu lain siapakah yg layak dalam hal ini?Siapakah yg sepatutnya mulakan dahulu untuk memberi teguran?Adakah bila seseorang menjadi pemimpin?Adakah setelah menjadi ulamak?

Allah ada menyatakan di dalam kitab-Nya yang suci

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Surah Adz-Dzaariyat:55

"Dan berilah peringatan sesungguhnya ia memberi manfaat kepada org2 yg beriman"

Dalam suatu kisah ketika mana Khalifah Islam yg pertama dan Khalifah Islam yg kedua dilantik menjadi khalifah.Antara iklan yg pertama beliau berdua ada menyatakan adalah jikalau aku laksanakan kebaikan maka taatilah aku dan juga ada yg menyatakan siapakah yg sanggup membetulkan aku jika aku silap dalam melaksanakan amanah.Lebih kurang demikianlah kalam2 iklan dalam memberitahu kepada kita sesiapa sahaja boleh ambil peranan dalam menasihatkan antara satu sama lain.Lebih2 lagi di dalam urusan agama.

Teringat kisah yg diceritakan bagaimana kisah cucunda baginda Rasulullah s.a.w yg mulia Saidina Hasan dan Saidina Hussin ketika mana melihat seorang pakcik tua sedang mengambil wudhuk akan tetapi silap dari sudut pengambilannya.Maka mereka berdua nak tegur org tua mungkin bimbang terasa hati,nanti apa pula kata pakcik tua tersebut.Maka salah seorang antara cucunda baginda menyuruh salah seorangnya melihat cara bagaimana kaedah mengambil wudhuk yg sebenar.Motif sebenar nak tegur cara pak cik yg silap cara ambil wudhuk,namun demikianlah dengan kecerdikan yg dikurniakan Allah kepada cucunda baginda dalam bagaimana uslub nak menegur org lain.

Semoga kita sama2 dapat ambil manfaat daripada kisah ini.Tidak semestinya tua sentiasa betul dan benar yg muda sentiasa silap.Tidak selalunya pemimpin benar rakyat jelata silap.Kita manusia yg cukup lemah.Ada kekurangan dan kelebihan.Orang mu'min ibarat bangunan yg kukuh,saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.